Wednesday, January 6, 2010

MESYUARAT PKPSM KALI 1/2010




Mesyuarat PKPSM kali pertama tahun 2010 telah diadakan di SMK Bukit Sentosa. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh YDP En Zainal Abidin.
Antara lain mesyuarat ini membincangkan tentang penggunaan kertas sijil yang seragam, perlantikan AJK kecil dan aktiviti bagi tahun2010.

Wednesday, October 28, 2009

KURSUS IMPAK TINGGI DI REGENCY PORT DICKSON














Kursus Impak Tinggi Pengetua dan Penolong Kanan Kurikulum telah diadakan di Regency, Tanjung Tuan Beach Port Dickson dari 27 hingga 29 Oktober 2009.

Antara pengisian kursus ialah

Akauntabiliti dan isu dalam Pengurusan Kewangan,

Pengurusan Perolehan dan Pembayaran (Perolehan melalui PWR dan sistem bayaran PWR, sistem dalam pesanan dan pembelian terus dan sebut harga) serta

Pengurusan Perakuanan Kumpulan Wang Sekolah (Buku Tunai dan Akaun Subsidiari dan penyata Akaun Tahunan Sekolah dan Sitem Kawalan)

oleh penceramah En Ismail b Udon dari Instiut Aminuddin Baki

Pada 29 Oktober 2009 - tajuk ceramah ialah Redeployment oleh En Khalid b Yusof dari KPM.

Tn Hj Suhaimi Rashid telah merasmikan upacara penutup kursus.

Friday, October 23, 2009

MESYUARAT AGONG PKPSM 2009














Mesyuarat Agong PKPSM Hulu Selangor tahun 2009 telah diadakan pada 23 Oktober 2009 (Jumaat) di SMK Taman Bunga Raya 1 bermula pada 8.30 pagi.
AJK baru telah dipilih
YDP En Zainal Abidin
NYDP EN Mat Jah
Setiausaha Pn Rokiah Ramlan
Bendahari Pn Mazmin Mohammad
Selepas itu Ceramah Integriti yang disampaikan oleh En Nazri yang didengar bersama oleh Penolong Kanan sekolah menengah.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj Suhaimi b Rashid, PPD Hulu Selangor .

Thursday, September 3, 2009

MESYUARAT PKPSM HULU SELANGOR




Mesyuarat PKPSM Hulu Selangor kali ini telah diadakan di SMK Bukit Sentosa yang dipengerusikan oleh YDP Pn Mazmin Muhamad. Antara lain yang dibincangkan adalah untuk memilih pembekal yang akan mencetak sijil-sijil kepada semua sekolah.

Monday, May 18, 2009

KURSUS INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM




Kursus Integriti Dalam Perkhidmatan Awam untuk Pegawai JPS, PPD dan Pengetua seluruh negeri Selangor telah diadakan pada 18 Mei 2009 Isnin dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang di Hotel Goldcourse Klang.
Perasmian telah dilakukan oleh Tn Hj Bajuri Abdullah Timbalan Pengerah JPS.
Slot 1 dan 2 - Tn Moh Samsudin bin Yusof, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor SPRM.
Slot petang - Tn Hj Aluwi bin Parman Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Agama Islam Selamgor JAIS - Pemantapan Budaya Integriti Dalam Organisasi


Monday, May 11, 2009

MESYUARAT PERSEDIAAN SAMBUTAN HARI GURU




Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan PPD, Tn Hj Suhaimie b Rashid telah diadakan di SK Antara Gapi. Mesyuarat ini telah membincangkan persediaaan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Selangor yang akan diadakan pada 26 Mei 2009 Selasa di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu.

Thursday, April 23, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH PPDHS



















SMKSC telah menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Menengah PPDHS. PPD yang hadir ialah En Razali Mazlan, Pn Hamidah dan En Aznan. Semua Pengetua dan Penolong Kana sekolah menengah dijemput hadir.Posted by Picasa